
- This event has passed.
Webinar Normal Baharu Bandar Rendah Karbon #1 – Hari 2
September 2, 2020 @ 9:00 am - 12:00 pm

Penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia menjadi pembuka mata kepada tahap kerantanan kehidupan harian kita yang boleh digugat oleh sebuah virus semula jadi yang begitu kecil.
Bagaimanakah pula kehidupan harian kita akan diimpak oleh ancaman perubahan iklim yang lebih ketara dan merbahaya?
Usaha mitigasi dan adaptasi perubahan iklim harus dipertingkatkan dan satu Normal Baharu Bandar Rendah Karbon perlu menjadi realiti bagi seluruh rakyat Malaysia.
Siri webinar ini yang akan berlangsung sebanyak 6 sesi akan membincangkan usaha-usaha Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Universiti, Badan Profesional, Syarikat, NGO dan lain-lain pemegang taruh dalam usaha memperkasakan aktiviti-aktiviti kearah merealisasikan bandar rendah karbon.