KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA)

DAN
MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CENTRE (MGTC)

Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) merupakan komponen pelaksanaan projek-projek kecil yang diluluskan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan sebanyak RM 35 juta untuk tahun 2021.
  1. Objektif Geran ini adalah bagi memperkasakan pelaksanaan program-program dan inisiatif-inisiatif bandar rendah karbon yang dilaksanakan oleh PBT di samping meningkatkan penjanaan ekonomi setempat, mengurangkan impak kepada alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  2. Kerajaan komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi menangani fenomena perubahan iklim dan mewujudkan bandar dan komuniti yang mampan selaras dengan matlamat ‘United Nation’s Sustainable Development Goals (SDG) ke-11: Sustainable Cities and Communities’ bagi mewujudkan bandar dan penempatan yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.
  3. Inisiatif ini juga selari dengan SDG 13 (Climate Action) bagi mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim dan kesannya, Pelan Induk Bandar Rendah Karbon – Low Carbon Cities Masterplan (LCCM), Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon – Low Carbon Cities Framework (LCCF) dan program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C).
  4. Permohonan adalah terbuka kepada kesemua PBT yang terlibat aktif dalam inisiatif bandar rendah karbon dan keutamaan akan diberikan kepada PBT yang telah melaksanakan LCCF serta menyertai program LCC2030C di peringkat kategori Zon Rendah Karbon. Sekiranya belum, pihak PBT perlu mendaftar program LCC2030C bagi melaporkan impak karbon yang dapat dikurangkan melalui program dan inisiatif yang telah dilaksanakan.

 

Permohonan geran bagi melaksanakan program dan inisiatif bandar rendah karbon oleh PBT perlu mematuhi kriteria berikut:

Program dan inisiatif bandar rendah karbon adalah dikategorikan seperti infografic berikut:

Permohonan Pusingan ke-3 dibuka sehingga 29 Oktober 2021 dan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang belum memohon atau yang gagal di dalam permohonan terdahulu sahaja. Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan dalam format PDF yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia GeRAK menerusi emel: gerak@mgtc.gov.my

Sila klik butang di atas untuk memuat turun borang permohonan dan maklumat berkaitan

Makluman Tambahan dan Perubahan Dokumen:

30 September 2021 – Kemaskini Borang Permohonan GeRAK Rev3.6. Borang Permohonan GeRAK Rev3.5 sebelum ini adalah dengan ini terbatal.

14 Julai 2021 – Kemaskini Borang Permohonan GeRAK Rev3.5. Borang Permohonan GeRAK Rev3.4 sebelum ini adalah dengan ini terbatal.

12 Ogos 2021 – Kemaskini Lampiran F Anggaran Kiraan Karbon Rev2.1 kepada Rev2.2

                         – Kemaskini Taklimat Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon GeRAK REV1 kepada REV2.1

  1. PBT-PBT dibolehkan untuk memilih lebih dari satu kategori projek (Tenaga, Air, Sisa, Mobiliti, Kehijauan) dengan syarat tidak melebihi dari kos siling RM250,000 untuk setiap PBT.

PERTANYAAN BERHUBUNG GARIS PANDUAN

Sebarang pertanyaan, surat-menyurat dan e-mel mengenai permohonan GeRAK ini hendaklah dikemukakan kepada:

 

Urus Setia GeRAK

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC)

No. 2, Jalan 9/10,

Persiaran Usahawan, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR

U.P.       : Urus Setia GeRAK

Tel.        : 03-8921 0800

E-mel    : gerak@mgtc.gov.my

WordPress Theme built by Shufflehound. @ COPYRIGHT 2020. MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CENTRE. ALL RIGHTS RESERVED.